fbpx
SAARANI (tengah) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Konsensi Eko-Pelancongan Gua Tempurung Antara MajuPerak Holdings Berhad (MHB) dan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Pembangunan Gua Tempurung beri limpahan ekonomi penduduk setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pembangunan salah satu destinasi pelancongan di Perak iaitu Gua Tempurung merupakan antara pemacu sektor pelancongan yang signifikan terutama limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, kerajaan negeri melihat sektor pelancongan sebagai pemacu ekonomi pengalaman yang mampu menjana nilai tambah berterusan kepada negeri dan komuniti setempat.

“Pembangunan pelancongan di Perak dilaksanakan secara berfasa dan bersepadu melalui kerjasama pelbagai pihak, dengan penekanan kepada kelestarian, keselamatan serta penglibatan komuniti tempatan.

“Inisiatif pembangunan Gua Tempurung selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, di samping membuka peluang kepada usahawan tempatan termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menyertai rantaian nilai pelancongan negeri,” katanya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsensi Eko-Pelancongan Gua Tempurung Antara MajuPerak Holdings Berhad (MHB) dan Majlis Daerah Kampar (MDKpr).

Perjanjian konsesi selama 21 tahun itu melibatkan kawasan seluas 32.18 hektar tersebut akan dilaksanakan secara berfasa dengan tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan awam, infrastruktur serta pengurusan destinasi yang lebih sistematik, selamat dan mampan.

Pembangunan Gua Tempurung bakal menawarkan pengalaman baharu dalam penginapan berkonsepkan alam semula jadi, aktiviti rekreasi dan lasak, di samping memperkukuh tarikan sedia ada yang tertakluk kepada kelulusan dan pematuhan piawaian keselamatan pihak berkuasa berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI