BAYANGAN mengenai cuaca sejuk dan salji di Amerika Syarikat membuatkan hati Aizan Hakimi Rashid teruja untuk merasai pengalaman pertama seumur hidupnya. Pelajar berusia 18 tahun itu akan tinggal bersama keluarga angkat selama enam bulan di wilayah Madison, Connecticut, Amerika Syarikat dan bersekolah di Daniel Hand High School. Tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke luar negara, pelajar etnik Melanau dari Sarawak itu sempat membeli-belah baju sejuk sebagai persediaan menghadapi cuaca tersebut. “Sebaik sahaja saya dapat tahu nama saya terpilih untuk……














