fbpx
ANGGOTA keselamatan meronda Pantai Kozhikode, negeri Kerala  yang sunyi selepas wabak virus Nipah dikesan pada 18 September 2023. – AFP  

Pemeriksaan kesihatan gaya Covid-19 kembali 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Lapangan-lapangan terbang  di Asia mula melaksanakan pemeriksaan kesihatan gaya Covid-19 di tengah-tengah kemungkinan penularan virus Nipah di India, lapor akhbar Metro.co. semalam

Thailand, Nepal dan Taiwan kini memantau penumpang untuk simptom dan meningkatkan pembersihan dalam usaha untuk mencegah virus Nipah daripada melangkau sempadan.

Dua jururawat di Barasat, negeri Bengal Barat dijangkiti virus berbahaya itu akhir Disember tahun lalu selepas seorang pesakit meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diketahui.

Seorang jururawat berkenaan kritikal dan seorang lagi koma, demikian menurut media tempatan.

Pegawai-pegawai kesihatan India masih memantau seramai 200 orang yang mungkin terdedah kepada virus itu, dengan 100 dikuarantin di hospital.

Sebagai tindak balas, ratusan penumpang dari India kini terpaksa menjalani pemeriksaan sebelum memasuki beberapa lapangan terbang Thailand.

Pusat pemeriksaan kawalan penyakit diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Don Mueang kelmarin.

Kakitangan lapangan terbang memeriksa 332 pengembara yang menaiki dua penerbangan dari Kolkata kelmarin, demikian menurut Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Langkah serupa dilaksanakan di Lapangan Terbang Phuket yang menawarkan penerbangan terus ke lapangan terbang antarabangsa Kolkata di Bengal Barat.

Penumpang yang menunjukkan simptom jangkitan virus Nipah seperti demam panas akan dikuarantin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN