Atlet sukan badminton bukan ‘karung guni’ untuk melempiaskan kemarahan. Itu peringatan keras buat segelintir pihak yang melampaui batas dengan melemparkan ugutan jenayah terhadap pemain negara, hanya kerana keputusan perlawanan tidak memihak kepada mereka. Insiden terbaharu yang menimpa pemain beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin membuktikan budaya ‘samseng siber’ kini membimbangkan. Yew Sin bukan sahaja menerima kecaman, malah diugut dengan mesej berunsur ancaman keselamatan terhadap dirinya dan gandingannya, Teo Ee Yi susulan kekalahan di pusingan awal Indonesia Masters 2026, Selasa lalu.…














