LIPIS – Kejadian ketukan misteri di Kampung Bukit Betong di sini, terus berlaku semalam selepas rondaan yang dibuat oleh penduduk bagi memastikan keadaan kampung dalam keadaan selamat berakhir. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid berkata, kejadian terbaharu dilaporkan berlaku di sebuah kediaman penduduk apabila penghuni mendakwa pintu rumah mereka diketuk kira-kira pukul 5 pagi. Katanya, lebih 20 orang penduduk khususnya golongan belia, terlibat dalam rondaan malam yang bermula seawal pukul 10 malam…














