fbpx
Farm Fresh sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama tenusu paling dipercayai di Malaysia selepas memenangi Anugerah Platinum

Farm Fresh raih Anugerah Platinum kali kelima di Putra Brand Awards

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Farm Fresh Berhad sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama tenusu paling dipercayai di Malaysia selepas memenangi Anugerah Platinum dalam kategori Minuman-Tenusu buat kali kelima berturut-turut di Putra Brand Awards.

Kemenangan terbaharu mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai jenama yang kekal dekat di hati pengguna Malaysia.

Menerusi satu kenyataan bersama Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Azmi Zainal berkata, kemenangan itu merupakan satu pencapaian penting bagi Farm Fresh.

Ini kerana kata mereka, pencapaian itu mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan berterusan rakyat Malaysia sejak kemenangan Platinum pertamanya pada tahun 2021.

la juga membuktikan bahawa komitmen Farm Fresh terhadap kualiti serta penggunaan bahan semula jadi tanpa pengawet, pewarna tiruan, perisa tiruan dan gula tersembunyi benar-benar mendapat sambutan daripada pengguna Malaysia.

“Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami. Kemenangan Platinum buat kali kelima berturut-turut mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama Farm Fresh.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi yang membolehkan Farm Fresh terus berkembang sambil kekal setia kepada nilai-nilai kami,”kata mereka.

Mengulas lanjut, mereka memaklumkan, Farm Fresh akan terus berpegang kepada misi untuk membekalkan produk tenusu segar berkualiti tinggi serta memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

Sejak penubuhannya pada tahun 2009, Farm Fresh telah berkembang menjadi salah satu kisah kejayaan jenama tempatan Malaysia.

Sehingga kini, Farm Fresh menguruskan ladang tenusu di Malaysia dan Australia yang meliputi lebih 5,000 ekar tanah dengan lebih 13,000 ekor lembu tenusu.

Portfolio produk merangkumi lebih 220 produk di bawah pelbagai jenama, memenuhi keperluan pengguna merangkumi susu segar, yogurt, mentega dan ais krim.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI