fbpx
VAN DIJK mendakwa angin menyebabkan dia gaga mengawal bola sehingga tercetusnya jaringan pertama Bournemouth. - FB LIVERPOOL

EPL: Liverpool salahkan angin punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk menyalahkan angin sebagai faktor kekalahan 2-3 kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.

Walaupun turut menjaringkan gol pertama The Reds, bintang dari Belanda dilabel sebagai punca kepada jaringan pertama Bournemouth dan Van Dijk pantas memberikan alasan mengenai situasi dihadapinya ketika dalam padang.

“Saya fikir keadaan ketika jaringan pertama Bournemouth adalah bola sukar dikawal kerana faktor angin. Saya ambil tanggungjawab penuh walaupun keadaan sebenar bola itu sukar untuk dikawal,” katanya.

Evanilson, Alex Jimenez dan Amine Adli masing-masing menyumbangkan satu gol, manakala satu lagi jaringan The Reds dicipta oleh Dominik Szoboszlai.

Pengurus Liverpool, Arne Slot enggan menuding jari kepada Van Dijk sebaliknya seluruh pasukan harus menyalahkan diri sendiri walaupun sedar faktor rehat mencukupi tidak berpihak kepada pasukannya.

“Bagaimana kami bolos, ia tetap bolos dan satu-satunya cara adalah menyalahkan diri sendiri. Ada beberapa pemain mula kehabisan tenaga dan saya tidak boleh mengkritik faktor itu.

“Adalah tidak adil untuk menyalahkan Virgil atas jaringan pertama dan saya bersetuju tentang keadaan angin. Bukan Virgil saya yang berdepan kesukaran dengan keadaan angin di venue ini,” katanya.

Kekalahan itu menyebabkan Liverpool berdepan kemungkinan hilang kedudukan dalam kelompok lima pasukan teratas sekiranya Manchester United, Chelsea dan Fulham berjaya memenangi perlawanan masing-masing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN