KETIKA ini, motosikal kustom di Malaysia semakin mendapat tempat kalangan pengguna. Malah, banyak model motosikal kustom telah dilancarkan di pasaran oleh beberapa syarikat pengeluar. Thunder Motorcycles turut memeriahkan pasaran dengan melancarkan Thunder Custom LS250-S baru-baru ini di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Thunder Custom LS250-S menampilkan konsep bobber custom yang diilhamkan daripada budaya kustom Jepun. Thunder Motorcycles merupakan jenama global yang dimiliki dan dipantau oleh dua nama besar dalam dunia kustom iaitu pembina kustom terkemuka Jepun Noro Yuji-san dan pembina kustom……














