fbpx
Tangkap layar memaparkan dua kanak-kanak duduk di atas kaunter sebuah rangkaian minuman popular.

‘Sampai atas kaunter biar anak duduk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua kanak-kanak yang duduk di atas kaunter sebuah rangkaian minuman popular mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian video di Threads oleh @Farahfz._, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dibiarkan duduk di atas kaunter premis berkenaan.

Dalam masa sama, beberapa pelanggan turut kelihatan beratur di belakang sambil menunggu giliran untuk mendapatkan minuman mereka.

“Kalau pekerja tegur nanti mengadu dekat e-mel HR (sumber manusia) kata pekerja kasar. Kau tengok la, geram betul aku. Kau ingat kabinet dapur rumah kau ke?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut meluahkan rasa kurang senang serta mempersoalkan sikap ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Ya Allah, geram aku tengok anak-anak begini. Ibu bapa dia sibuk tengok telefon ke?,” komen Luna Yusoff.

“Tunggu dan lihat sajalah akan ada yang kata ‘ala budak-budak saja pun’ atau ‘dengan budak pun dengki ke’,” kata Neya Syazwina.

“Tidak beragak ibu bapa dia pun, sampai ke atas kaunter sudah budak-budak tu duduk. Itu tempat orang nak ambil makanan, bukan tempat untuk anak kau duduk,” komen Niyashaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN