KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas dijumpai rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Tok Guru di sini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Satyuti Satar berkata, identiti mangsa yang berusia 70 tahun setakat ini masih belum dikenal pasti.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.58 petang.
“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati rumah tersebut sudah 90 peratus terbakar. Operasi memadam kebakaran masih dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE














