fbpx
Gambar hiasan

BN mendahului di Kinabatangan, Lamag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Barisan Nasional mendahului dengan majoriti 4,777 undi di Parlimen Kinabatangan, manakala 538 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam kiraan tidak rasmi petang ini.

Perkembangan itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebooknya sebentar tadi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan bebas, manakala di DUN Lamag hanya satu lawan satu.

Parlimen Kinabatangan ditandingi Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdu Rahman (Warisan) dan Goldam H Salangah (Bebas).

DUN Lamag pula terdiri Mohd Ismail Ayob atau Miha daripada BN dan Mazliwati Abd Malek (Warisan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN