fbpx
Pasukan polis membawa mayat mangsa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat. - Berita Jatim

Bapa hempuk kepala anak dengan tong gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Lamongan, wilayah Jawa Timur ditahan selepas memukul kepala anaknya dengan menggunakan tong gas seberat 3 kilogram sehingga meninggal dunia, lapor portal Berita Jatim. 

Kejadian berlaku di Kampung Sidogembol, daerah Sukodadi semalam. 

Suspek dikenali sebagai SM, 76, berulang kali menghempaskan tabung gas ke kepala anaknya ketika mangsa sedang tidur. 

Perbuatan itu diketahui oleh isteri suspek apabila dia pulang ke rumah dari pasar. Jeritannya yang kuat menyebabkan penduduk setempat bergegas ke tempat kejadian. 

Ketua Polis Sukodadi, Inspektor Moch Sokep berkata, pihaknya menerima laporan sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan). 

“SM sempat menukar bajunya terlebih dahulu sebelum melarikan diri. Dia berjaya diberkas oleh pegawai kami. 

“Suspek ditahan di Balai Polis Lamongan, manakala mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat,” kata Moch. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI