fbpx
Pegawai JTK Selangor sedang menerima aduan daripada sebahagian pekerja dalam operasi di syarikat kurier di Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO1

Syarikat kurier aniaya tak bayar OT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Keculasan sebuah syarikat perkhidmatan kurier yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 serta menganiaya pekerja apabila tidak membayar gaji lebih masa terbongkar apabila digempur pihak berkuasa semalam.

Operasi tersebut dilaksanakan Pasukan Khas Penguatkuasaan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor bermula 9 pagi hingga 11.30 malam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Betty Hasan berkata, sejumlah 120 pekerja tempatan dan 175 pekerja asing diperiksa sepanjang operasi itu.

Menurutnya, pekerja asing ini terdiri daripada warga Indonesia, India, Pakistan dan Bangladesh.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah kegagalan majikan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 dan pelanggaran Akta Kerja 1955 membabitkan Seksyen 25A berkaitan bayaran gaji secara tunai.

“Selain itu, seksyen 60A kerana tidak membayar gaji lebih masa (OT),” katanya malam tadi.

Tegas beliau, kesemua kesalahan ini akan diambil tindakan selaras dengan akta-akta berkaitan.

Betty menjelaskan, JTKSM akan terus mempergiat pelaksananaan operasi
dan penguatkuasaan selaras perundangan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan.

“Selain itu, penguatkuasaan ini perlu dilakukan secara konsisten demi
memastikan kebajikan para pekerja tempatan mahupun asing dipelihara dan keharmonian perburuhan negara terus diperkasa.

“Pada masa sama, operasi seperti ini turut menjadi medan memberi penerangan, nasihat serta bimbingan kepada majikan supaya mematuhi undang-undang perburuhan. Ini selaras usaha kerajaan mewujudkan persekitaran pekerjaan yang adil, selamat dan sejahtera untuk semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN