fbpx
Tangkap layar tukaran ringgit ke dolar di platform XE Coverter hari ini.

RM4 bersamaan AS$1, ringgit makin kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Nilai Ringgit Malaysia mencatat perkembangan positif apabila kembali berada pada paras RM4.00 berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD1) berdasarkan paparan terkini di XE Currency Converter, hari ini.

Semakan melalui platform penukaran mata wang antarabangsa itu menunjukkan mata wang tempatan terus mengukuh, sekali gus memberi isyarat pemulihan sentimen pasaran terhadap ekonomi Malaysia selepas tempoh tekanan sebelum ini.

Perkembangan tersebut mencuri perhatian netizen apabila ramai berkongsi tangkap layar paparan XE di media sosial, menyifatkan pencapaian itu sebagai antara detik yang dinanti-nantikan, khususnya dalam konteks kos sara hidup dan kuasa beli rakyat.

Pengukuhan ringgit ini turut dikaitkan dengan faktor luaran termasuk jangkaan perubahan dasar monetari Amerika Syarikat, selain prestasi ekonomi domestik yang dilihat lebih stabil serta keyakinan pelabur asing yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, penganalisis mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu teruja memandangkan pergerakan mata wang global masih dipengaruhi pelbagai faktor luaran dan geopolitik, selain turun naik pasaran kewangan antarabangsa.

Untuk rekod, kali terakhir ringgit berada secara konsisten pada paras bawah RM4 berbanding dolar Amerika adalah sebelum fasa kejatuhan mata wang global era 90-an dan ketidaktentuan ekonomi dunia.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI