fbpx
Tangkap layar video menunjukkan air banjir bertukar warna merah di Pekalongan semalam. - TikTok

Penduduk cemas banjir warna merah darah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Pekalongan, wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan kemunculan air banjir yang bertukar warna merah seperti darah, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 tengah hari(waktu tempatan) di Simbang Wetan semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pekalonganinfo menunjukkan perakam sedang melalui sebatang jalan raya yang dinaiki air berwarna merah. 

Selain jalan raya, beberapa rumah turut ditenggelami air sedalam antara 15 hingga 25 sentimeter. 

Penghulu Simbang Kulon, Franky Irawan berkata, air tersebut bertukar warna merah disebabkan bercampur dengan pewarna batik. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 222,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Seperti air sirap,” kata seorang netizen. 

“Keajaiban dunia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN