fbpx
RODRI

EPL: Masa gemilang Rodri sudah berlalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Bekas penyerang Chelsea, Tony Cascarino memberi amaran kepada Manchester City bahawa tonggak tengah mereka, Rodri bukan lagi seorang pemain hebat seperti sebelum ini.

Rodri mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan berehat hampir sepanjang musim lalu dan selepas kembali pulih dia berdepan kesukaran untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik seperti sebelum ini.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi pemain penting dalam skuad kendalian Pep Guardiola apabila membantu City merangkul gelaran trebel sebelum ini sehingga diangkat sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or.

Bagaimanapun, sehingga kini Rodri masih belum menemui prestasi terbaik ketika City dilihat masih berharap untuk dia kembali menjadi nadi pasukan dalam setiap perlawanan menyebabkannya berdepan tekanan.

“Rodri bermain dengan baik dan semua orang akan bermain dengan baik jika berada dalam pasukan yang sempurna. Dia tersisih selama 18 bulan, sudah pasti memerlukan masa untuk kembali berada pada tahap terbaik.

“Namun, saya bimbang tahap terbaik itu sudah berlalu buat Rodri. Anda boleh lihat dia melakukan banyak kesilapan dalam perlawanan, tetapi saya harap jangkaan saya silap,” katanya.

Pada aksi kelmarin, City berdepan kekalahan mengejut apabila tewas kepada kelab kerdil Norway, Bodo/Glimt dan menyaksikan Rodri dilayangkan kad merah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN