fbpx
Tangkap layar hantaran mesej diterima penghantar barang untuk mengutip hutang sewa rumah.

Ramai guna rider suruh kutip sewa rumah siap bagi komisen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tolong ketuk pintu rumah dan suruh bayar sewa RM1,000.”

Itulah mesej mengejutkan yang diterima seorang penghantar barang dipercayai diupah untuk mencari penyewa rumah selepas gagal membayar sewa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, penyewa rumah tersebut tidak membuat pembayaran rumah sewa selain bil elektrik tertunggak.

“Tolong ketuk pintu rumah dan suruh orang dalam rumah bayar sewa RM1,000 dan hutang bil elektrik RM840 sekarang.

“Kalau awak dapat ambil bayaran RM1,840 ini, ambil komisen 10 peratus. Kalau tak nak, cakap pada penyewa suruh keluar hujung bulan atau pemilik nak potong elektrik, air dan kunci pintu rumah.

“Berlakon jadi pengutip hutang sekejap boleh? Tolong ambil gambar atau video yang ada di rumah. Saya bayar upah RM50 kalau tak dapat ambil sewa,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai termasuk rata-rata pengguna memberi nasihat kepada penghantar barang agar tidak mengambil risiko.

“Ramai kawan hutang saya tapi tak bayar. Mungkin kena upah penghantar barang berlakon dan ketuk pintu untuk minta hutang juga,” komen @KenjiLim.

“Jangan main-main dengan orang yang tak nak bayar sewa. Boleh jadi nanti kena pukul. Mungkin sebab itu tuan rumah pun tak berani datang,” komen @Afendisangga.

“Pemilik rumah macam kedekut. RM50 upah jadi pengutip hutang. Itu pun belum tentu dia memang nak bagi,” komen @FathiMuhammad. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN