PETALING JAYA – Perkongsian ringkas personaliti media sosial, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Menerusi perkongsian tersebut, Khairul Aming dipercayai mengalami masalah kesihatan akibat keletihan melampau dan dehidrasi.
“Selepas bergambar dengan 7,000 pelanggan. Doktor suruh minum air banyak-banyak. ‘Dehydration’. Tapi semuanya ok sahaja, cuma kena cukup rehat. Jangan lupa minum air semua,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Semoga cepat sembuh kesayangan rakyat Malaysia,” ujar @Tyraathirah.
“Badan dah sampai had dah, nasib tak rebah. Kalau rebah nanti jadi bualan lagi, jenuh awak nak jawab. Netizen pun, sampai tak sempat KA nak minum korang serang. Bertabahlah,” kata @Ayy.yussof – KOSMO! ONLINE














