fbpx
Gambar hiasan.

Kemasukan murid Tahun 1 usia 6 tahun, akses AI tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rasional membenarkan kemasukan murid ke Tahun 1 pada usia 6 tahun dan sekatan sementara akses AI Grok di Malaysia antara isu yang dibangkitkan ahli parlimen pada waktu pertanyaan-pertanyaa menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen Malaysia, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) meminta Menteri Pendidikan menyatakan rasional membenarkan kemasukan murid ke Tahun 1 pada umur 6 tahun.

Selain itu beliau turut meminta Kementerian Pendidikan menyatakan sama ada pihaknya telah menjalankan sebarang kajian empirikal atau penilaian impak sebelum cadangan ini dibuat serta dibentangkan kepada Dewan.

Sementera itu, Datk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) meminta Menteri Komunikasi menyatakan langkah susulan sekatan sementara akses AI Grok di Malaysia.

Pertanyaan itu termasuk daripada aspek kawal selia, penguatkuasaan, pemantauan berterusan serta langkah jangka panjang bagi perlindungan kumpulan rentan agar dapat melindungi mereka daripada kandungan berbahaya dalam media sosial.

Dalam pada itu, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) minta Menteri Luar Neger menyatakan perkembangan terkini proses rundingan Kod Tatalaku/Code of Conduct (COC) di Laut China Selatan serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam usaha memuktamadkan COC tersebut.

Beliau turut mengemukakan soalan berkenaan kedudukan keselamatan di perairan Batu Puteh serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan bagi menanganinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI