DI atas kertas, kadar pengangguran dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih berada tahap terkawal iaitu 3.2 peratus. Tahap kebolehpasaran siswazah juga nampak memberangsangkan sekurang-kurangnya 85 peratus bagi setiap IPT di seluruh negara. Begitupun, kita tidak boleh memejamkan mata dengan fakta, lebih 32 peratus graduan tempatan yang memasuki pasaran buruh itu memperoleh pekerjaan yang lebih rendah dan tidak sepadan dengan kelayakan akademik mereka. Berdasarkan Statistik Tenaga Buruh Tahunan 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangannya kini mencecah kira-kira……














