fbpx
Gambar Hiasan

2,000 hingga 3,000 kontena e-waste disyaki diseludup masuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktiviti penyeludupan sisa elektronik (e-waste) ke negara ini dipercayai semakin membimbangkan apabila antara 2,000 hingga 3,000 kontena disyaki dibawa masuk secara haram melalui pelabuhan utama negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, hasil risikan mendapati sisa berkenaan diimport oleh syarikat yang dipercayai dimiliki warga asing kononnya bagi tujuan kitar semula.

“Syarikat-syarikat terbabit mengimport sisa elektronik, plastik serta kertas, namun hanya komponen bernilai tinggi seperti tembaga, aloi dan emas diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, baki sisa tersebut kemudiannya dilupuskan secara tidak terkawal termasuk dibakar, ditanam atau dibuang terus sehingga berpotensi mencemarkan udara dan sumber air.

Ahmad Khusairi berkata, SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan terbabit turut dilindungi oleh pihak tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang kemasukan sisa pepejal ke negara ini.

“Jika tidak dibanteras secara menyeluruh, kegiatan ini boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang serius serta menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi menangani isu tersebut, Mesyuarat Petugas Khas Berkaitan Penguatkuasaan E-Waste telah ditubuhkan melibatkan 12 agensi penguat kuasa, termasuk SPRM, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya, petugas khas itu akan meneliti keperluan perundangan berkaitan e-waste selain memperkukuh tindakan penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

“SPRM memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk pegawai penguat kuasa yang terlibat supaya menghentikan sebarang bentuk pengimportan e-waste secara haram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN