SHAH ALAM – Ramai rakyat Malaysia menjadikan Indonesia sebagai syurga percutian dan membeli-belah berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding rupiah pada masa ini. Mereka mengakui percutian ke negara jiran itu yang terkenal dengan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik ketika ini sangat menjimatkan berbanding tahun sebelumnya. Seorang pelancong, Nasrin Rosli, 34, berkata, dia membawa 13 ahli keluarganya bercuti ke Bandung dan Jakarta selama empat hari baru-baru ini dan hanya membelanjakan sekitar RM7,200 sepanjang percutian. Katanya, perbezaan kadar pertukaran mata wang memberikan impak…














