PORT DICKSON – Keindahan Pantai Purnama, di sini, yang sebelum ini indah dengan tarikan laluan titi pelancongan ke pantai kini tidak dapat dimanfaatkan susulan berlaku kerosakan serta runtuhan tebing pantai. Tinjauan Kosmo! ke lokasi berkenaan mendapati pantai yang masih belum tercemar dengan air biru kehijauan berkenaan sudah pun dipasang dengan tali penghadang. Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, Affan Hanafi Daud, 20, dari Kuala Pilah, dia sering berkunjung ke pantai berkenaan sejak lebih setahun lalu kerana pantainya yang cantik selain…














