fbpx
Gambar hiasan.

Orang ‘gomen’ tengah semak slip gaji ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Media sosial hari ini dibanjiri dengan pelbagai reaksi serta keterujaan dalam kalangan kakitangan awam yang dilihat rancak menyemak slip gaji masing-masing susulan pembayaran gaji baharu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Fasa Kedua yang berkuat kuasa Januari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, ramai penjawat awam mula memuat naik tangkap layar sistem e-Payslip serta berkongsi perasaan teruja selepas menerima kenaikan gaji antara tiga hingga tujuh peratus, bergantung kepada skim dan gred perkhidmatan masing-masing.

“Bukan nak riak, tapi hari ini login e-Payslip laju betul. Biasanya loading macam siput,” seloroh Aina Syafiqah du Facebook.

Turut senada, pengguna X dikenali sebagai Kachak meluahkan rasa syukur dengan kenaikan sekitar RM180 bagi pelarasan fasa kedua ini.

“Alhamdulillah, tahun ini anak sulung dah darjah satu, ada rezeki lebih skit untuk bayar komitmen tambahan. Terima kasih Kerajaan Madani,” katanya.

“Patutlah ramai belum balik dah pukul 5 petang, rupanya tengah kira beza gaji lama dengan gaji SSPA baharu, tahniah semua,” kata Shahrul.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Dasar Gaji Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shahir Shaari dilaporkan berkata, pembayaran gaji baharu akan dibuat pada 22 Januari yang merupakan hari gaji bagi bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI