fbpx
'Star of Pure Land' didedahkan di Colombo pada 17 Januari lalu. - AFP

Nilam bintang 6 sinar bernilai lebih RM1.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sebutir permata ungu bernilai sehingga AS$400 juta (RM1.62 bilion) ditemukan di Sri Lanka, dipercayai batu nilam bintang semula jadi terbesar pernah dijumpai, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Nilam bintang ungu dinamakan ‘Star of Pure Land’ itu mempunyai berat 3,563 karat(73 gram).

Ia merupakan sejenis permata nilam yang memancarkan pantulan cahaya seperti bintang.

Ciri itu dipanggil asterisme, manakala permata khusus tersebut mempunyai asterisme enam sinar, memberikannya penampilan yang sangat mempesonakan.

“Ini adalah nilam bintang ungu terbesar seumpamanya,” kata ahli gemologi, Ashan Amarsinghe.

“Ia menunjukkan asterisme yang jelas dan mempunyai asterisme enam sinar. Ia sesuatu yang istimewa daripada semua batu lain,” tambahnya.

Permata itu dipercayai bernilai sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM1.2 bilion), dan berpotensi mencecah sehingga AS$400 juta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN