Kolaborasi strategik mewujudkan kerangka bagi mengintegrasikan aliran kerja eksperimentasi automatik dan kimia lanjutan bagi mempercepat penyelidikan dan penemuan dalam Sains Hayat serta Elektronik
SINGAPURA dan SHANGHAI, 21 Januari 2026 /PRNewswire/ — Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, berserta ChemLex, sebuah syarikat inovasi beribu pejabat di Singapura yang mempelopori sintesis kimia automatik dipacu AI, mengumumkan pada hari ini mengenai penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meneroka kolaborasi strategik dalam paradigma penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kian berkembang.
MOU ini menggambarkan komitmen bersama bagi memajukan penemuan sains hayat dan elektronik dengan menggabungkan kepakaran saintifik dan translasi Merck yang mendalam berserta platform kimia automatik dan keupayaan penjanaan data ChemLex. Pihak-pihak ini bersama-sama bermatlamat untuk meningkatkan kelajuan, kecekapan serta kebolehulangan penyelidikan kimia merentas aliran kerja penemuan dan pembangunan awal dalam pelbagai sektor perniagaan Merck.
Menurut kerangka MOU ini, Merck dan ChemLex berhasrat untuk meneroka aspek kerjasama yang mungkin melibatkan sintesis automatik, pengoptimuman tindak balas, eksperimentasi daya pemprosesan tinggi serta integrasi platform kimia. Usaha awal akan memberi tumpuan untuk mengenal pasti program kimia berimpak tinggi dan mentakrifkan laluan menuju kolaborasi yang berpotensi pada masa akan datang.
Marc Horn, Presiden Merck China, berkata: "Perkongsian strategik bersama ChemLex ini mengintegrasikan AI dan automasi ke dalam operasi R&D kami, lantas memperlihatkan komitmen Merck dalam menerima transformasi digital dan mempercepat inovasi. Kami tidak sabar untuk mencipta nilai yang lebih besar buat pelanggan kami melalui kolaborasi ini."
Dr. Sean Lin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChemLex, berkata: "Platform sintesis kimia proprietari kami yang beroperasi selama 24/7 dengan mekanisme maklum balas gelung tertutup AI, mentakrifkan semula sempadan kecekapan bagi sintesis kimia. Kolaborasi yang mendalam bersama Merck China bukan sahaja memberi kami peluang berharga untuk mengesahkan dan mengoptimumkan teknologi kami dalam senario aplikasi yang lebih luas bahkan turut membolehkan kami meneroka masa depan sintesis kimia pintar di samping pasukan penyelidikan yang bertaraf dunia."
Penandatanganan MOU ini menonjolkan minat kedua-dua organisasi ini dalam sains eksperimen boleh skala dan kaya data serta fokus bersama mereka bagi membina perkongsian dalam tempoh jangka panjang yang memajukan inovasi pada persimpangan antara kimia dan automasi. Pihak-pihak ini akan meneruskan perbincangan bagi menilai langkah-langkah yang seterusnya di bawah kerangka MOU ini.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4866621_MS66621_6














