fbpx
Lori putih mengundur seketika sebelum menggilis seorang mangsa. - X

Lori mengundur, gilis pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Satu video tular di media sosial memaparkan detik cemas sebuah lori menggilis  pejalan kaki yang terbaring di atas jalan, lapor akhbar Daily Express semalam.

Kejadian berlaku di bandar Zhongshan, wilayah Guangdong.

Dalam video tersebut, lori itu dilihat mengundur ke belakang sebelum ia kemudian dipandu ke arah mangsa.

Sebuah kenderaan perkhidmatan kecemasan dengan lampu berkelip kemudian tiba ketika jeritan kedengaran dalam klip video itu.

Bunyi menyerupai tembakan kemudian kedengaran sebelum lori putih tersebut dihalang oleh kereta polis.

Klip video berakhir dengan pemandunya ditarik keluar oleh anggota-anggota polis.

Tidak dijelaskan punca kejadian tersebut atau keadaan mangsa yang digilis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI