PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di tiga negeri petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim.
“Turut terlibat, Pahang di Tanah Tinggi Cameron dan Rompin,” katanya.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Johor melibatkan Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Pontian. – KOSMO! ONLINE














