fbpx
Anthony.

44 peratus tiket ETS balik raya habis terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 peratus tiket untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi musim balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri telah terjual setakat ini dan dijangka habis sekitar Februari 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi menampung permintaan tinggi daripada pengguna, KTMB akan menambah perkhidmatan Keretapi Elektrik Berkelajuan Tinggi (ETS) dengan menawarkan lapan trip tambahan bagi tempoh 13 hingga 29 Mac depan.

“Laluan yang terlibat termasuk Johor Bahru (JB) Sentral–Kuala Lumpur (KL) Sentral–JB Sentral, KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral, KL Sentral–Ipoh–KL Sentral dan KL Sentral–Butterworth–KL Sentral,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 36,540 tiket akan ditawarkan untuk tempoh tambahan ini dengan purata dua trip sehari bagi setiap laluan.

“Jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan ETS sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan bermula pada 1 Mac 2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN