fbpx
Mohamed Khaled pada Majlis Perasmian SASar Residensi Sateria@Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

Titah Agong jadi pegangan hindari rasuah – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengambil serius titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu rasuah melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ATM sebagai institusi penting di dalam negara mempunyai tanggungjawab dengan sandaran keyakinan rakyat.

“Kita menjunjung kasih atas titah tersebut dan peringatan diberikan. Memanglah soal salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah ini sesuatu yang kita perlu hindari lebih-lebih lagi dalam ATM yang menjadi institusi sangat penting.

“Justeru, peringatan Yang di-Pertuan Agong kita ambil sendiri dan akan pastikan supaya jadi pegangan tak berlaku lagi sebagaimana kita lalui dalam tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perasmian SASar Residensi Sateria@Sungai Besi di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, menerusi ucapan amanat tahun baharu baru-baru ini, pelbagai langkah juga telah ditegaskan dalam memastikan tiada isu ketirisan dan rasuah di dalam kementerian termasuk ATM.

“Sebab itu dalam ucapan amanat tahun baharu, saya gariskan dan beri pandangan, pendekatan wajar yang diambil dalam kita nak pastikan ketirisan, penyelewengan serta salah guna kuasa sebagainya dapat dihindarkan,” katanya.

Kosmo! melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan amaran keras terhadap golongan yang terlibat dengan amalan rasuah dalam negara.

Baginda turut menzahirkan kekecewaan terhadap gejala rasuah yang berlaku melibatkan ATM yang melibatkan peringkat tertinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI