fbpx
DUA gol Faisal (kanan) memastikan kelebihan buat Selangor FC sebelum aksi kedua, Jumaat ini.

Piala Malaysia: Faisal pastikan kebangkitan sempurna Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KOTA BHARU – Dua gol Faisal Halim dalam tempoh setengah jam berjaya memastikan kebangkitan Selangor FC yang menewaskan Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Muhammad Ke IV, sebentar tadi.

Bagaimanapun, ia seakan diraih dengan cara sukar memandangkan tuan rumah tampil penuh berdisiplin setiap kali bertahan dan turut berjaya mencipta beberapa situasi bahaya untuk menguji penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Usaha keras dipamerkan pemain nyata terbalas dan kejayaan itu memberikan harapan buat The Red Giants untuk memperbaiki pencapaian musim lalu dimana Selangor FC tersingkir lebih awal di pusingan 16.,

Keputusan ini juga menyaksikan pengendali baharu Selangr FC, Kim Pan-gon masih mengekalkan rekod bersih apabila memenangi semua tiga perlawanan dibawah kendaliannya.

Terdahulu, Selangor FC yang dilihat cukup galak mengatur serangan terlebih dulu dikejutkan oleh gol pembukaan KTRW FC menerusi Simen Lyhngbo pada minit ke-25 sekali gus beri kelebihan buat tuan rumah sehingga tamat separuh masa.

Aksi bersambung menyaksikan pelawat terus menggandakan usaha dan beberapa kali mampu menguji benteng dan penjaga gol tuan rumah, Damyan Damyanov.

Memasuki minit ke-61, Faisal memberikan alasan kukuh dirinya sebagai pemain penting buat pasukan apabila kembali menyamakan kedudukan sekali gus beri motivasi tambahan untuk Selangor FC menggandakan serangan.

Usaha berterusan The Red Giants akhirnya membuahkan hasil apabila Faisal sekali lagi berjaya menempatkan diri di kedudukan tepat untuk merobek gawang lawan buat kali kedua pada masa kecederaan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada perlawanan timbal balik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN