fbpx
Mohamad berucap pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di MAEPS , Serdang hari ini. Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Malaysia buktikan kebolehan sebagai tuan rumah ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Malaysia berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sekali gus membuktikan kebolehan negara di peringkat antarabangsa dan di mata pemimpin global.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berterima kasih kepada seluruh petugas daripada sektor awam dan swasta yang memastikan penganjuran ASEAN 2025 berjalan lancar sepanjang tahun lalu.

Menurut beliau, kejayaan itu bukan sahaja dari segi pengurusan logistik, tetapi juga dalam menyambut kedatangan pemimpin dunia dengan layanan mesra dan profesional.

“Kita berjaya menjadi Pengerusi ASEAN 2025 walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam geopolitik global yang tidak menentu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kejayaan Malaysia sebagai pengerusi juga membuka ruang pengiktirafan terhadap Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN.

“Inilah kepercayaan masyarakat ASEAN terhadap Malaysia. Malah, dua negara jiran yang bersengketa, iaitu Thailand dan Kemboja, datang ke Malaysia untuk menyelesaikan isu sempadan mereka. Ini menunjukkan Malaysia berjaya menjadi tuan rumah, penyelaras, dan pemudah cara yang berkesan,” katanya.

Beliau menambah, penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyumbang kepada kelancaran penganjuran ASEAN 2025.

“Ini memudahkan urusan logistik dan menjadikan segala perancangan berjalan lancar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI