fbpx
Lelaki warga Bangladesh yang ditahan AKPS di KLIA, Sepang semalam.

AKPS tahan lelaki Bangladesh cuba berlepas guna pas palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu ditahan ketika cubaan berlepas ke Dhaka, Bangladesh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Penahanan dibuat kira-kira pukul 4.40 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 ketika pemeriksaan rutin dijalankan terhadap seorang penumpang yang dijadualkan berlepas pada pukul 7.25 malam menaiki penerbangan AirAsia.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki berusia 39 tahun itu memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (ePass) yang dikepilkan di dalam pasport miliknya.

“Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati pas berkenaan disyaki tidak sah dan palsu,” katanya, hari ini.

Susulan itu, lelaki terbabit telah ditahan sebelum ditempatkan di Depot Imigresen KLIA Terminal 2 bagi tujuan siasatan lanjut.

Tambah kenyataan itu, individu berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan AKPS KLIA untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

“AKPS akan terus memperketat kawalan keselamatan di pintu masuk dan keluar negara bagi memastikan kedaulatan serta keselamatan sempadan Malaysia sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN