fbpx
Kesan runtuhan tanah yang berlaku di sekitar Taman Bukit Teratai, Ampang pagi tadi.

Tanah runtuh setinggi 20 kaki di Taman Bukit Teratai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu kejadian tanah runtuh setinggi kira-kira 20 kaki dilaporkan berlaku di Taman Bukit Teratai, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.19 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah digerakkan ke lokasi dan tiba pada pukul 9.28 pagi dengan jarak perjalanan kira-kira lima kilometer.

“Berlaku runtuhan tanah pada ketinggian lebih kurang 20 kaki. Bagaimanapun, runtuhan tersebut tidak melibatkan mana-mana rumah serta tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemantauan di kawasan terlibat bagi memastikan tiada sebarang risiko bahaya kepada penduduk sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN