GEORGE TOWN – Bintang import baharu Penang FC, Douglas Coutinho muncul wira pasukan apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Kuching City di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Hadir sebagai pemain pinjaman daripada kelab Indonesia, Borneo FC, pemain kelahiran Brazil itu mahu membuktikan keputusan Penang FC adalah berbaloi dan satu gol kali ini menjadi permulaan positif buatnya di Malaysia.
Ia pastinya menjadi debut paling diingati buat Coutinho, menyaksikannya meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-40.
Kejayaan kali ini juga menyaksikan skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail makin konsisten dan kini sudah pun melengkapkan kemenangan keempat berturut-turut.
Skrip ini cukup berbeza buat The Cats yang tewas buat kali kedua berturut-turut namun peluang masih lagi terbuka buat kelab dari Sarawak itu buru slot suku akhir pada perlawanan kedua, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE














