fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pengusaha itu datang ke bilik pameran untuk membeli 15 buah trak pikap. - TikTok

Lelaki beli 15 trak pikap secara tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pengusaha ladang kelapa sawit di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membeli 15 buah trak pikap secara tunai pada harga 7.5 bilion rupiah (RM1.8 juta), lapor portal berita Lambe Turah. 

Pembelian trak pikap jenis Mitsubishi Triton itu dibuat di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bejo_motor menunjukkan pengusaha itu datang ke bilik pameran dengan dua beg berisi wang kertas. 

“Saya merancang untuk membeli 15 buah Triton. Saya membawa dua beg berisi wang kertas,” kata pengusaha itu dalam video.

Kenderaan-kenderaan tersebut dibeli untuk keperluan perniagaannya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 12.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Seronoknya tengok duit orang,” kata seorang netizen. 

“Saya tidak pernah pegang duit sebanyak itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN