fbpx
Tangkap layar video menunjukkan gajah memasuki sebuah tokong di wilayah Nakhon Ratchasima kelmarin. - Channel 7 News

Gajah liar ‘hadiri’ upacara pengebumian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Penduduk sebuah daerah di Thailand berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar memasuki tokong semasa upacara pengebumian sedang berlangsung, lapor portal berita Thaiger.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.20 malam (waktu tempatan) di Wat Khao Wong, wilayah Nakhon Ratchasima kelmarin. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan gajah dikenali sebagai Phlai Duan itu berjalan ke pekarangan tokong sebelum orang ramai berlari dalam ketakutan untuk menyelamatkan diri. 

Beberapa saksi memberitahu bahawa sami dan orang awam meninggalkan upacara tersebut selepas gajah itu muncul kerana bimbang diserang.

Tiada kecederaan dilaporkan. 

Penganjur upacara pengebumian dan beberapa pegawai melantunkan suara yang kuat serta menyuluh lampu untuk menghalau gajah tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN