fbpx
Tangkap layar video menunjukkan bungkusan kecil itu meletup di dalam sebuah bangunan residensi di Istanbul. - X/TRT Haber

Bungkusan misteri tiba-tiba meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Sekurang-kurangnya dua pekerja cedera selepas sebuah bungkusan misteri tiba-tiba meletup di kaunter perkhidmatan sebuah bangunan kediaman di Turkiye, lapor akhbar Mirror UK. 

Kejadian berlaku di Zeytinburnu, Istanbul baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di platform X menunjukkan seorang lelaki cuba membuka sebuah bungkusan kecil di meja kaunter sebelum ia meletup dan menghasilkan percikan api serta asap tebal. 

Selain mengalami kerosakan teruk, letupan kuat itu menyebabkan dokumen dan serpihan bertaburan di atas lantai. 

Rakaman CCTV turut mendedahkan bahawa seorang penghantar barang meninggalkan bungkusan tersebut beberapa saat sebelum letupan berlaku. 

Kedua-dua kakitangan yang mengalami kecederaan ringan itu dirawat oleh paramedik sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Pasukan kecemasan dan forensik bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI