fbpx
MESKI sering menjadi mangsa kecaman netizen, Amira tidak goyang sebaliknya selesa mengambil pendekatan tidak ambil pusing.

Mereka kena cari saya di Padang Mahsyar – Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Amira Othman masih kekal dengan pendirian untuk mengabaikan segala kecaman netizen yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

Menurut Amira atau Nadia Amira Othman, 32, kritikan atau komen negatif lumrah yang perlu dilalui mana-mana anak seni.

“Jangan sedih, mereka (netizen) perlu cari saya di Padang Mahsyar nanti, lagi jenuh kan?

“Adatlah mesti ada yang suka dan tidak suka,” katanya membalas komen seorang netizen dalam TikTok.

Tambah isteri kepada pelakon Fattah Amin itu, dia melihat keputusan untuk tidak mengambil hati semua kecaman sebagai satu pilihan tepat.

“Saya abaikan (kecaman) dan tenang-tenang saja.

“Tidak memberi kesan pun, tak mengambil tahu itu satu kebahagiaan,” ujarnya.

Dia berkata demikian kepada seorang pengguna media sosial yang berasa sedih melihat Amira sering menjadi mangsa kecaman netizen.

“Semoga tabah dan terus maju ke hadapan. Saya sedih baca orang kutuk-kutuk awak,” kata individu tersebut.

Sebelum ini, nama Amira sering menjadi bulan netizen terutama sejak berkawan rapat sehingga bergelar isteri kepada Fattah.

Terdahulu, Amira dan Fattah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN