fbpx
GYOKERES menamatkan kemarau jaringannya dengan satu gol menentang Chelsea kelmarin. - AFP

Lapan gol Gyokeres belum cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengus Arsenal, Mikel Arteta melontarkan cabaran kepada bintang sensasinya, Viktor Gyokeres supaya mengekalkan kualiti permainan bagi bantu pasukan konsisten meraih keputusan positif.

Gyokeres kembali menemui sentuhan ketika menyumbangkan satu gol pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Chelsea 3-2 dan sentuhannya terus ditagih pada pertemuan menentang Nottingham Forest di City Ground awal pagi esok.

Selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menentang Chelsea, Arteta memberi ingatan kepada Gyokeres bahawa dia perlu tampil lebih konsisten menghadirkan jaringan buat The Gunners.

“Jangkaan terhadapnya adalah untuk menjaringkan gol dan kami juga menuntut lebih daripada itu. Viktor menunjukkan prestasi terbaik dan pada pendapat saya dia sudah menemui aksi terbaiknya,” katanya.

Ketika ini, Gyokeres sudah pun menghasilkan lapan gol dalam 25 penampilan bersama Arsenal di semua pertandingan musim ini, namun jumlah itu tidak setanding dengan apa yang pernah dilakukannya ketika mewakili gergasi Portugal, Sporting Lisbon.

Arteta juga menjelaskan, pihak luar tidak akan menghargai sumbangan Gyokeres jika penyerang Sweden itu tidak mampu menghasilkan jaringan buat pasukan.

“Saya fikir secara keseluruhan (ketika menentang Chelsea) dia bermain baik. Saya faham ada pihak yang tidak hargainya namun kami tetap bangga dengan apa yang disumbangkannya hingga mampu menghasilkan jaringan buat pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI