fbpx
Gambar hiasan

Hidup rukun dan damai, tolak prasangka dan stereotaip palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira agama supaya hidup bersama dalam keadaan rukun dan damai dengan menolak prasangka dan stereotaip palsu.

Menurut beliau, muslim atau bukan muslim malah wajib berusaha ke arah mencapai matlamat bersama kemanusiaan supaya keadilan dijajarkan pada tempat yang sepatutnya.

“Kita mesti mulakannya dengan hidup bersama-sama secara rukun dan damai serta menolak prasangka, stereotaip palsu dan momokan musuh-musuh yang direkayasa untuk menghancurkan keharmonian hidup kita.

‘Pada masa yang sama mesti tetap tawaduk dan rendah hati kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat. Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial malam tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, salah satu peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W adalah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai satu ibadah yang penting dalam kehidupan seorang muslim.

Jelas beliau, dimensi solat namun bukan sekadar ibadah rutin biasa, sebaliknya sarat dengan makna dan dampak kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Syeikh Daud Al Fatani dalam kitab klasik Munyatul Musolli membahaskan soal tatacara solat, namun turut menyentuh perihal siyasah dan tatakelola yang baik.

“Dalam bab “Tatmim al-Fa’idah”, Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat, namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.

“Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena ‘convivencia global’ iaitu keadaan di mana masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN