fbpx
Beberapa premis perniagaan urutan dan kecantikan diserbu Jabatan Imigresen di Galaxy Ampang Mall, petang tadi.

Datang nak buat kuku, sekali imigresen serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat pengunjung untuk menikmati rawatan kecantikan di sebuah pusat beli-belah dekat Ampang bertukar kecoh apabila bangunan tersebut diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) hari ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Jejemiraa, situasi itu menjadi perhatian ramai selepas beberapa premis kecantikan didapati dikosongkan tanpa pekerja.

“Datang untuk membuat rawatan kuku, tetapi kebanyakan pekerja telah dibawa pihak imigresen. Kedai pula dibiarkan kosong begitu sahaja,” tulisnya.

“Hari ini ke kejadian itu berlaku? Saya pun pergi tadi pada waktu pagi untuk membuat rambut. Mujur tidak terkena ketika itu, kalau tidak mungkin rambut saya tidak siap,” kata Aqila Ghani.

“Siapa yang menularkan tempat ini? Di sinilah saya selalu membuat rawatan kuku dan rambut dengan harga murah,” tulis badreena77.

“Baguslah imigresen nie, teruskan membanteras. Ada lagi yang duduk Malaysia secara percuma nie,” komen ftnshrn.

Terdahulu, media melaporkan seramai 217 PATI ditahan secara berasingan dalam operasi yang dijalankan di dua pusat beli-belah sekitar ibu negara, petang tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Datuk Lokman Effendi Ramli, berkata operasi yang bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 2 petang itu dilaksanakan di pusat beli-belah Kotaraya, Kuala Lumpur dan Galaxy Ampang, Selangor, yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan warga asing.

Menurut beliau, operasi tersebut dijalankan bagi membanteras kehadiran PATI selain memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN