DALAM kehidupan berumah tangga, persefahaman memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan yang dibina berkekalan. Jika sudah tidak ada persefahaman antara pasangan, tidak mustahil hubungan yang dibina atas dasar percintaan boleh terputus. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Umai. Perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta selama hampir tiga tahun akhirnya terlerai kerana tiada persefahaman antara mereka. “Saya dan suami berkahwin atas dasar sayang antara satu sama lain. Namun setelah berkahwin barulah saya mengerti bahawa kami tidak sesuai……














