KUANTAN – Tanah yang berubah menjadi laut akibat hakisan pantai masih boleh kekal menjadi milik individu yang sama. Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Azriana Ridouan berkata, setakat ini, tiada peruntukan undang-undang yang menghalang tanah yang berubah menjadi laut daripada diiktiraf sebagai hak milik. Oleh itu, katanya, pemilik Chalet Kekunang di Nenasi, Pekan, yang kehilangan chalet selepas tenggelam akibat hakisan pantai, mungkin menjadi antara individu yang akan memiliki hak milik laut di negara ini. Bagaimanapun, Edde Firdaus Abdul……














