fbpx
Gambar hiasan

Guru didakwa amang seksual empat kanak-kanak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat kanak-kanak lelaki pada tahun 2024 dan 2025.

Tertuduh, Mohamad Kamal Nik Ismail, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal empat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), bilik guru dan sebelah dewan sebuah sekolah di Senawang antara bulan Jun 2024 hingga September 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI