fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Sarah berhubung kehilangan ibunya di laman TikTok.

Frasa ‘I met a stranger’ disalah tafsir – Anak Nadia Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Frasa ‘I met a strange’ yang tular di media sosial berkaitan kehilangan pelakon tanah air, Nadia Kasumawati Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma di Jeddah disifatkan telah disalah tafsir sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi orang ramai.

Anak kepada pelakon terbabit dikenali sebagi Sarah, tampil menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok bagi meredakan kekeliruan yang timbul susulan kehilangan ibunya sejak malam tadi.

Menurutnya, ayat berkenaan bukan merujuk kepada pertemuan ibunya dengan individu tidak dikenali seperti didakwa segelintir pihak, sebaliknya hanyalah luahan perasaan sedih kerana mengembara tanpa orang yang dikenali.

“Ungkapan ‘I met a stranger’ itu telah disalah faham. Ibu saya hanya memberitahu ayah bahawa dia berasa sunyi kerana tidak mengenali sesiapa dalam kumpulan tersebut,” katanya.

Jelasnya, ibunya menyertai perjalanan bersama sebuah agensi pelancongan dari Malaysia ke London dan Perancis sebelum meneruskan ibadah umrah, namun tidak mempunyai kenalan rapat dalam kalangan jemaah.

Tambah Sarah, kehilangan ibunya disedari selepas wanita itu tidak menaiki penerbangan ke London seperti dijadualkan ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

“Kami telah cuba menjejaki lokasi telefon bimbit ibu melalui Gmail dan pihak berkuasa di Jeddah turut membantu, namun dia masih belum ditemui,” katanya.

Dalam masa sama, pihak imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah mengesahkan ibunya telah keluar dari kawasan lapangan terbang, namun lokasi sebenar ibunya masih tidak diketahui sehingga kini.

Susulan itu, dia meminta orang ramai agar tidak membuat andaian liar serta memohon sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu, selain mengharapkan doa agar ibunya ditemui dalam keadaan selamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN