fbpx
PLATONOV (dari kiri), Fincke, Cardman dan Yui berada dalam kapsul Dragon selepas mendarat di Lautan Pasifik, luar pantai Long Beach, California semalam. – AFP

4 angkasawan ISS pulang ke Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Empat kru Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa(ISS) mendarat di Lautan Pasifik semalam, demikian menurut rakaman Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).

Siaran video  NASA menunjukkan kapsul membawa angkasawan Amerika Mike Fincke dan Zena Cardman, kosmonaut Russia Oleg Platonov dan angkasawan Jepun Kimiya Yui mendarat di luar pantai San Diego pukul 12.41 tengah malam (waktu tempatan).

“Bagi pihak SpaceX dan NASA, selamat pulang,” kata pusat kawalan misi kepada kru sejurus selepas mendarat.

“Sungguh gembira dapat pulang. Kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang membawa kami ke sana dan kembali,” jawab Cardman.

Masalah kesihatan seorang kru tersebut menyebabkan misi mereka dipendekkan, setelah menghabiskan masa lima bulan di angkasa lepas.

NASA enggan mendedahkan sebarang butiran mengenai isu tersebut tetapi menekankan bahawa kepulangan mereka bukan situasi kecemasan.

Kuartet Crew-11 itu tiba di ISS awal Ogos 2025 dan  dijadualkan berada di stesen angkasa lepas itu sehingga mereka diganti pada pertengahan Februari ini dengan ketibaan kru seterusnya.

Didiami secara berterusan sejak tahun 2000, ISS bertujuan untuk mempamerkan kerjasama multinasional, menyatukan Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Russia.

Terletak kira-kira 400 kilometer di atas Bumi, ISS berfungsi sebagai makmal ujian untuk penyelidikan yang menyokong penerokaan angkasa lepas secara lebih mendalam.

ISS dijadualkan untuk ditamatkan perkhidmatannya selepas 2030, dengan orbitnya beransur-ansur diturunkan sehingga ia pecah di atmosfera kawasan terpencil Lautan Pasifik dinamakan  Point Nemo iaitu kawasan perkuburan kapal angkasa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN