fbpx
PLAT kenderaan merah jambu telah digunakan sejak 1 Januari lalu. - Foto GOUV.FR

Plat kenderaan merah jambu diperkenalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pemandu Britain yang melancong ke Eropah tahun ini mungkin akan melihat plat nombor berwarna merah jambu terang di jalan raya apabila Perancis memperkenalkan peraturan baharu, lapor portal berita GB News semalam.

Kerajaan Perancis melancarkan plat nombor sementara baharu berwarna merah jambu yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu.

Plat baharu ini dikhaskan untuk kenderaan yang mempunyai sijil pendaftaran garaj WW atau W, seperti yang telah diumumkan pada November tahun lalu.

Ia akan digunakan bagi kenderaan yang masih menunggu pendaftaran akhir atau diimport sebelum didaftarkan di Perancis atau digunakan oleh golongan profesional untuk ujian jalan raya.

Kerajaan Perancis menyatakan, nombor  plat lesen bertujuan memudahkan penguat kuasa undang-undang mengenal pasti dan mengawal kenderaan.

Sebelum ini timbul kebimbangan terhadap kira-kira 400,000 pendaftaran sementara plat WW dan W yang dikeluarkan setiap tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN