fbpx
AISAH Bee (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang bayi perempuan, minggu lalu.

Pengasuh tidak mengaku cuai sebabkan kecederaan bayi lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang bayi perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Aisah Bee Zailapdin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas bayi berusia lima bulan bertindak secara cuai sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Bernam, Hutan Melintang dalam daerah Bagan Datuk pada pukul 7.30 pagi hingga 2.05 petang, 8 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Anisah Pisol mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Hakim Norhamizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain tidak dibenarkan mengganggu keluarga mangsa sehingga kes selesai. Tarikh 12 Jun depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, mangsa yang dihantar ke rumah pengasuh oleh ibunya pada pukul 7.30 pagi, 8 Januari lalu dikejarkan ke hospital selepas keadaannya dilaporkan lemah dan tidak bermaya. Keputusan imbasan X mendapati bayi itu tersedak susu sehingga menyebabkan saluran pernafasannya sempit.

Mangsa yang dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan turut mengalami pendarahan kecil pada mata dan keretakan kecil di bahagian belakang kepala yang berpunca daripada ‘shaken baby syndrome’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI