fbpx
Dr. Muhamad Akmal menyampaikan ucapan pada Majlis Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

‘Musuh nyata’ UMNO wujud dalam kerajaan – Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO secara terbuka menyatakan kewujudan “musuh nyata” yang berada dalam pasukan kerajaan hari ini khususnya pihak yang berulang kali mencabar perkara asas berkaitan Melayu dan Islam.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Salleh berkata, Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri apabila prinsip, maruah agama dan bangsa terus dipijak.

“Musuh itu mencabar agama, mempersoalkan institusi dan memperlekeh simbol. Bila orang Melayu bangkit mempertahankan diri, kitalah yang dituduh melampau,” katanya.
Beliau merujuk beberapa isu sensitif termasuk kalimah Allah, halal, bendera terbalik, arak di majlis rasmi serta tuntutan UEC yang menurutnya sering mencetuskan kemarahan umat Islam.

“Pertahankan Perlembagaan bukan rasis. Yang mempertikaikan Perlembagaan, itulah yang sebenarnya racist,” katanya.

Dalam masa sama, Dr. Muhamad Akmal menggesa UMNO kembali memimpin agenda Penyatuan Melayu bermula dengan penyatuan dalaman parti, termasuk membuka semula pintu kepada ahli yang pernah digantung atau disingkirkan.

Beliau turut mengumumkan hasrat Pemuda UMNO untuk menggerakkan Tekad Ummah, termasuk menganjurkan Himpunan Tekad Ummah sebagai platform menyatukan parti politik Melayu, NGO dan kelompok masyarakat.

“Ini bukan himpunan kebencian. Ini himpunan kesedaran. Pemuda UMNO bersedia memimpin dari hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI